PANAS HATI BETUL DENGAN SIKAP PEMBANGKANG YANG SEMAKIN KURANG AJAR DAN MENDERHAKAI SULTAN. DI MANA LETAKNYA KEWIBAWAAN SI ANWAR UNTUK MEMIMPIN RAKYAT. IBARAT KADUK NAIK JUNJUNG. SEPATUTNYA MEREKA MENGKAJI DAN BERMUHASABAH. MENGAPA ALLAH MENETAPKAN HANYA SEBELAS BULAN SAHAJA MEREKA MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN DI PERAK. PASTI ADA YANG TIDAK KENA. INILAH AKIBATNYA GILA KUASA. NIZAR TIADA PILIHAN. TERIMALAH REALITI POLITIK DAN SENTIASALAH BERJIWA BESAR, PATUH DAN JANGAN JADIKAN MAHKAMAH PENTAS BANGSAWAN. TINDAKAN MENYAMAN TUANKU ADALAH SESUATU YANG MENJIJIKKAN DAN TINDAKAN YANG DERHAKA. BILA BERSEKONGKOL SAHAJA DENGAN SI KARPAL KEPARAT DAN SI ANWAR, JADILAH SEPERTI LEMBU YG DI TARIK HIDUNG. GELARAN DATUK SERI SEMEMANGNYA WAJAR DI TARIK SEMULA DARI BELIAU.
Tuesday, February 10, 2009
Wednesday, December 31, 2008
SELAMAT TINGGAL 2008, SELAMAT DATANG 2009
Tanpa di sedari kita telah sampai ke penghujung tahun. Amat pantas masa berlalu. Seketika nanti 2008 akan melabuhkan tirai. Imbauan segala kejadian suka dan duka akan kekal menjadi memorI di hati masing-masing. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan dan pengajaran untuk kita di hari esok. Laluan perjalanan yang sukar akan mampu kita harungi dengan berbekalkan pengalaman masa lalu.
Awal tahun 2008 menyaksikan kejutan yang tanpa diduga bila kerajaan BN hanya mampu meraih 140 kerusi manakala selebihnya di rampas oleh pihak pembangkang. Senario politik yang agak kelam kabut ini bertambah terjejas bila tahun 2008 juga menyaksikan krisis ekonomi yang agak buruk dalam sejarah Amerika Syarikat yang hampir menjejaskan pertumbuhan ekonomi dunia.
Kenaikan harga minyak yang tiba-tiba melambung dan kenaikan harga barangan yang tidak dapat dibendung kini mampu ditangani semula menjadikan keadaan agak reda walaupun tidak banyak yang berubah dari segi ekonomi
Kejadian tanah runtuh awal Disember lalu merupakan mimpi buruk yang berulang kerana manusia sebenarnya tidak pernah belajar dari sejarah.
Peristiwa kasut terbang pastinya menjadi insiden yang amat memalukan untuk Bush. Belum ada dalam sejarah seorang pemimpin ternama di lempar dengan sepasang kasut yang pastinya akan menjadi ingatan dan merupakan ucapan selamat tinggal yang amat mengaibkan untuk seorang presiden.
Kejadian terbaru yang meruntun hati umat Islam bila lebih 155 orang rakyat Pelestin terbunuh dan 310 lagi cedera dalam serangan besar-besaran yang di lancarkan oleh rejim Yahudi. Itu cuma sebahagian dari kejadian-kejadian yang berlaku di tahun 2008. Dan yang pastinya perkahwinan raja sms yang menjadi raja sehari menjadi kenangan yang paling indah untuk peminat-peminat fanatiknya bagi menutup tirai 2008.
Dalam masa kita sibuk menyambut tahun baru 2009, pastinya ramai yang menanam azam. Bila ditanya apa azam di tahun baru, barangkali ramai yang bersemangat melafazkan azam dan cita-cita untuk mencapai sasaran pada tahun ini dan tidak kurang juga yang masih berusaha melunaskan azam tahun lalu yang masih tidak kesampaian. Begitupun masih ramai juga yang menjelang tahun baru, azam entah ke mana, mereka masih di takuk lama.
Dalam kehidupan yang semakin mencabar, wang adalah segala-galanya. Wang hari ini menjadi penentu pada kebahagiaan. Benarkan begitu?
Apapun pandangan anda janganlah menjadi seperti lalang. Jadilah seorang yang tegas untuk membuat keputusan. Paling utama adalah keyakinan yang perlu ada dalam diri. Berpegang teguh pada apa yang ada dalam diri kita walaupun sebenarnya ia tidak di anggap begitu dalam diri orang lain.
Kita sebenarnya dilahirkan sebagai insan yang istimewa. Apa yang penting kita tidak mudah mengalah dan berputus asa. Mudah menjadi seorang pesimis bukan sesuatu yang digalakkan dalam islam.
Tetapi jangan juga kita lupa, di dalam mengejar dunia, jangan lupa kepada akhirat. Dunia sudah terlalu tua untuk terus bertongkat dan kita juga semakin dipanjat usia untuk terus menongkat dunia.
Semoga 2009 menjadi tahun kejayaan untuk kita. SELAMAT TAHUN BARU SEMUA…

Labels:
SELAMAT DATANG 2009,
SELAMAT TINGGAL 2008
Tuesday, November 18, 2008
KESAH "SALAWAR MERAH PINGGIR LAWANG"
Betapa tinggipun kemajuan sains dan teknologi manusia hari ini tidak dinafikan masih terdapat lagi cerita-cerita mistik yang hendak tak hendak harus dipercayai oleh kita di era ini. Ini terbukti dengan adanya lagi kejadian-kejadian mistik yang masih berlaku di mana-mana. Muzium Sultan Shah Alam juga suatu waktu dulu pernah mengadakan pameran barangan mistik seperti jasad jin dan mahkluk aneh yang di dakwa di dapati dengan cara ghaib. Meskipun banyak pihak meragui kesahihan makhluk aneh ini dan mendakwa barangan yang di pamerkan adalah replika dan patung tapi pemilik barangan mistik itu dan pihak muzium juga menyangkal keras dakwaan itu.
Perkara-perkara mistik ini mengingatkan saya pada kejadian-kejadian mistik yang beberapa kali pernah terjadi pada keluarga saya. Entah secara kebetulan atau tidak arwah emak saya memang sering menjadi mangsa. Emak saya yang berkebolehan mengurut orang sering mengalami sakit kaki yang menyebabkan dia tidak dapat berjalan. Bila dibawa berjumpa doktor, doktor tidak dapat mengesan sakitnya lalu kami berikhtiar berubat cara kampung. Ada yang berkata emak di 'buat' oleh seorang bidan yang kami kenali kerana sakit hati emak tidak pernah mengenakan bayaran tertentu waktu mengurut orang dan kerana itu emak disenangi oleh mereka yang memerlukan khidmat emak. Entah ia entah tidak
Tapi yang peliknya bila kami membawa emak keluar dari kampung sakitnya tiba-tiba hilang. Dia dapat berjalan seperti biasa. Tapi biasalah orang tua mana mahu berjalan tinggalkan kampung lama-lama. Baru sehari dua sudah hendak balik.
Pada suatu hari datang seorang makcik iaitu jiran sekampung melawat emak. Rata-rata orang kampung mengetahui yang makcik ini memelihara makhluk halus yang dipanggil pelesit. Emak saya tidak kesah sangat tentang cerita itu dan melayan baik tetamu ini. Hampir sejam mereka bersembang, makcik itu memohon diri untuk pulang. Sebelum pulang dia meminta izin menggunakan tandas untuk membuang air kecil.
Selepas dua jam tetamu pulang emak mula meracau-racau dan memarahi semua orang. Ayah yang mengesyaki sesuatu terus keluar menjemput seorang Pak Aji datang ke rumah. Bila melihat Pak Aji itu, emak menjadi lebih marah dan mula memaki hamun. Pak Aji cuma tersenyum lalu meminta kami menyediakan lada hitam dan sebatang pensil. Lada hitam itu kemudian digelek-gelekkan di bawah ibu jari kaki emak sementara pensil itu diletakkan dicelah ibu jari kaki itu juga. Emak saya menendang-nendang Pak Aji itu sambil menjerit-jerit kesakitan. Saya yang memegang lengan emak merasa kekuatan emak amat berlainan sekali.
Pak Aji kemudian bertanya pada emak, "Mengapa kamu ganggu orang ini?" Sambil menjerit-jerit kesakitan emak menundingkan jarinya ke arah pintu. Tiba-tiba dia bersuara dalam bahasa banjar "Salawar merah pinggir lawang". Kakak saya yang berada di situ segera teringatkan sepasang seluar dalam merah yang ada di dalam bilik air ketika dia masuk tadi. Kakak saya yang tahu makcik tadi tertinggalkan seluar dalamnya mengambil seluar itu dan di campakkannya di atas almari tepi pintu. Itulah yang dikatakan oleh emak saya, salawar merah pinggir lawang yang bermaksud seluar merah tepi pintu. Kakak saya pun mengambil kembali seluar dalam merah itu dan di campakkan keluar rumah. Barangkali emak tadi secara tiba-tiba bercakap bahasa banjar kerana makcik tadi memang berketurunan banjar.
Menurut kata orang, mereka yang memiliki pelesit, kalau ada barang atau ilmu yang ditinggalkan untuk kita, makhluk ini akan datang menganggu untuk menuntut kembali barang milik tuannya. Begitulah alkesahnya.
Saya tidak boleh bayangkan bagaimana makcik itu boleh pulang mengayuh basikal tanpa memakai seluar dalam. Tidakkah dia rasa 'lopong' semacam. Agaknya dia dah biasa tak memakai seluar dalam ketika di rumah. Apa nak diherankan orang-orang tua terutama dikampung-kampung memang jarang mengenakan seluar dalam ketika di rumah malahan kejadian ini masih berlaku lagi sekarang. Mungkin mereka lebih selesa. Saya yang menjalankan perniagaan pad herba kadang-kadang rajin memasuki kawasan kampung untuk mengenalkan produk. Bila di suruh mencuba, makcik-makcik ini memberi bermacam alasan. Bila kita dah nak balik barulah berbisik-bisik memberitahu mereka sebenarnya tidak memakai seluar dalam.
Sampai sekarang pun bila kami adik beradik teringatkan peristiwa "salawar merah pinggir lawang", kami ketawa terkekeh-kekeh. Kadang keluar soalan kelakar, mengapalah makcik tu suruh hantu dia yang datang ambil seluar dalam merahnya.
Di kalangan kawan-kawan yang tahu cerita ini rajin juga bertanya, kemana perginya 'salawar' merah makcik itu. Selamba saya menjawab, "Dah sedekah pada superman"

Tuesday, October 14, 2008
SIAPA SEBENARNYA ISTERI DI MATA SUAMI
Kesah rumahtangga berantakan, suami bermain kayu tiga, perceraian, bukan lagi isu yang baru. Statistik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan peningkatan dalam kes perceraian pasangan Islam sejak lima tahun kebelakangan ini berbanding bilangan mereka yang melangsungkan perkahwinan.
Sama ada kenapa, salah siapa bukan lagi persoalan. Tapi dalam banyak-banyak kes saya tertarik untuk memperkatakannya berdasarkan pengamatan dan pengalaman, jiran, teman, dan saudara mara yang menghadapi situasi begini. Dalam kebanyakkan kes kebiasaannya yang menjadi mangsa adalah pihak wanita.
Entah mengapa, zaman sekarang ini amat sukar untuk mencari suami yang benar-benar setia. Sebagai islam memang kita tidak dapat menolak lelaki mempunyai hak untuk memenuhi kuota, tapi kebanyakkan lelaki menggunakan hak mereka dengan cara yang tidak sepatutnya. Kitab hanya dibaca di kulit tanpa membaca isi keseluruhannya. Sikap gemar menipu isteri memang banyak di kalangan suami. Iman di letakkan di belakang bila nafsu menguasai diri.
Anda percayakah bila setiap hari suami anda akan berkata yang dia benar-benar sayangkan anda, senang kata, “I can’t live without you” tapi dalam masa yang sama menyayangi seorang wanita lain dan berangan-angan untuk menikahi wanita itu
Barangkali malang sungguh si isteri, kerana kasihsayang suaminya bersyarat. Kalau dulu sayang yang ditunjukkan suami cuma ala-ala tapi bila niatnya untuk berpoligami di tolak si isteri, maka dia mula menunjukkan kasihsayang yang tidak berbelah bagi dengan harapan isterinya akan terbuka hati. Di mana keikhlasannya?
Seorang teman menghadapi situasi yang amat mendukacitakan. Dulu dia seorang usahawan berjaya. Dia tidak pernah berkira untuk membelanjakan setiap sen wangnya, samada untuk melengkapi barang rumah, perbelanjaan mahupun apa sahaja. Suaminya cuma bergoyang kaki walaupun tahu itu adalah tanggungjawabnya. Duit gaji dihabiskan untuk diri sendiri.
Bila perniagaan isteri jatuh, suami mula mengamuk. Mulalah memaki hamun isteri, berleter duit gaji tak cukup untuk menanggung semua perbelanjaan rumah. Balik kerja, keluar semula, jam 1 atau 2 pagi baru balik. Hendak menegur sapa isteri seminggu sekalipun payah. Kadang-kadang dia tak pedulikan anak isteri yang tak makan di rumah. Isteri seperti menumpang di rumah sendiri. Dengar cerita, suami sebenarnya telah berkahwin lagi tapi dia tiada bukti kukuh.
Walaupun isteri tidak diperlakukan seperti sepatutnya namun untuk menceraikannya tidak sesekali, kerana suami ada nama. Malu agaknya di mata masyarakat. Tapi saya tabik, teman ini jiwanya masih kuat. Walaupun saya nampak perderitaan di matanya tapi dia jarang menunjukkannya. Saya cuma mampu berdoa agar dia dia terus diberi kekuatan untuk bangun membina semula kerjayanya.
Kisah seorang teman yang ditinggalkan suami amat menyentuh hati saya. Hidup mereka anak beranak hanya bergantung pada abangnya yang cuma pekerja biasa, yang juga mempunyai keluarga yang perlu di tanggung. Kalau mengikut hukum, telah jatuh talak kerana empat tahun telah ditinggalkan tanpa nafkah zahir dan batin. Sebak saya melihat anak-anaknya yang dibiarkan tanpa makan pakai yang secukupnya, sedangkan dia bersama isteri baru dan dua anaknya mampu hidup selesa walaupun tidaklah mewah. Bila diminta, suami memberi alasan, bukan tak mahu bagi, tapi bimbang dihalau lagi oleh abang iparnya.
Keluarganya menasihati supaya membawa kes ini ke mahkamah untuk menuntut fasakh tapi teman ini tidak tergamak kerana katanya dia masih sayangkan suaminya. Dia sudah tak kesah lagi kalau bermadu pun sedangkan pada dasarnya talak sudahpun jatuh. Entah bilalah penantiannya akan berakhir.
Lelaki-lelaki begini (maaf bukan semua) sebenarnya tidak boleh diberi muka. Kalau isteri bekerja mereka akan meletakkan semua beban dibahu isteri. Bila berlaku perceraian pula lagilah mereka akan mengelak. Kalau boleh nafkah anak pun tak mahu beri apalagi duit edah bekas isteri.
Kalau isteri bekerja dan meredhakan nafkah anak tidak di beri lagilah senang hati mereka. Pada saya setiap wanita patut menggunakan semua hak yang telah di tetapkan dalam islam. Bukan untuk membalas dendam tetapi sekurang-kurangnya untuk menyedarkan mereka, bahawa bukannya senang untuk bercerai-berai, bak kata Saiful Apek, suka-suka hati lu…
Kerana sikap wanita yang lemah dan setengahnya bersikap tidak kesah, inilah membuatkan mereka mudah menjadi mangsa. Kalangan masyarakat barat yang memusuhi islam menggunakan isu ini untuk memperlekehkan agama Islam. Islam di pandang buruk di mata mereka kerana menindas dan menganiaya kaum wanita. Kepada para suami di luar sana , berfikirlah menggunakan akal sebelum melakukan sesuatu yang menjurus kepada ketidakadilan dan di luar kemampuan diri.
Wahai sang suami, berfikirlah sejenak, bila telah saling melengkapi, apa lagi yang di cari? Kebahagiaan yang di cari sebenarnya ada di depan mata tapi kenapa kabur dek silau nafsu yang meronta..
Anna
Anna
Thursday, September 11, 2008
KASIH II
KASIH II
Kasih Berkecainya segunung harapan
Terdamparnya segugus impian
Terguris kini sebuah perasaan
Takkala ternodanya satu perjanjian
Nur bulan kian malap
Taburan bintang hilang kerdipan
Lagu rindu semakin hilang
Nyanyian syahdu menjadi sumbang
Berterbangan cintamu di bawa angin lalu
Berselerak kasihmu di pupus awan kelabu
Sayangmu telah terpadam
Rinduku menjadi dendam
Aduhai
Betapa malangnya takdirku
Seabad belayar ke pulau impian
Menentang angin dan arus kehidupan
Masih berbalang tempatmu bertahta
Ku capai pendayung
Ku kembangkan layar
Ku genggam kasihmu dengan jejari bertaut mesra
Andai kutahu kasihmu akan luntur
Tidakku sabung nyawa di dada lautan
Andai kutahu cintamu akan terkubur
Tidakku belah gelombang ini
Tidakku tegak layar ini menentang angin
Sayang
Cintamu bagai embun subuh yang menimpa kelopak bunga
Tatkala mentari hadir
Kau berlalu tanpa membekal setitispun manik simpati
Aku tiba-tiba jadi pesimis
Kau bangga menjadi penakluk cinta yang agung
Sedangkan aku tersungkur tanpa di payung
Wahai kasih yang tidak pernah luput dari ingatan
Di cermin rindu ku titipkan kesetiaanku
Di bidai sendu ku utuskan wahyuku
Dikanvas putih berdarah ku lakarkan janji palsumu
Kini salju tidak lagi menghantar dinginnya
Mentari tidak lagi mengutus senyumnya
Namun aku tetap di sini
Menanti dan menjadi penunggu sepi
Di temani redup sinar simfoni cinta
Yang tiadakan gugur kelopaknya….
Anna
April 2003

Monday, September 8, 2008
KAITAN MINYAK DAN PILIHANRAYA...
KAITAN MINYAK DAN PILIHANRAYA….
Sesekali ingin bercerita tentang politik. Tapi saya bukanlah arif sangat tentangnya. Cukup sekadar menjalankan tanggungjawab 5 tahun sekali. Walaupun cuma satu pangkah tapi ia cukup bernilai.
Sedari kecil saya tak tahu apa itu politik. Yg saya tahu setiap kali menjelang pilihanraya saya antara orang yang paling sibuk. Walaupun ketika itu hanya berusia 11 tahun, bapa sering meminta saya menyemak senarai nama2 calon pengundi dan kemudian akan menulis nama2 berkenaan di dalam kad mengundi. Kemudian dengan menaiki basikal akan membawa kad nama2 pengundi itu untuk di edarkan..
Tetapi saya lebih seronok kalau di beri peranan menampal poster. Sesekali merengek pada bapa minta diberikan tugas itu kerana saya tahu sekurang-kurangnya saya boleh mendapat RM5 kalau dapat menampal 100 poster. Nilai yang banyak saya kira waktu itu. Dengan hanya menyandarkan basikal di tiang-tiang lampu elektrik, dan kemudian berdiri di atas ‘seat’ basikal, saya akan menampal poster2 calon yang bertanding pada tiang2 elekrik itu, pastinya poster Barisan Nasional.
Selain dari menjadi imam ayah juga adalah ketua kampong. Saya tabik pada arwah ayah. Selama 20 tahun lebih menjadi ketua kampong, tanah sekangkang kera pun dia tidak pernah minta. Menjadi ketua kampong hingga akhir hayatnya memadai dengan sebutir pingat PJK. Biarpun namanya cuma di kenali oleh kalangan anak buah dan ketua2 daerah tetapi sekurang2nya sehingga kini saya bangga bila pulang ke kampung kerana terdapat sebuah lorong yang di abadikan dengan nama ayah.
Di kampong dulu-dulu, walaupun berlainan politik masih boleh berkerja sama, bertegursapa. Waktu berkempen atau memasang poster pun boleh bertolak ansur poster siapa yang nak di letak kat atas atau kat bawah sekali. Tapi biasanya poster roketlah yang dilekat atas sekali walaupun dalam kampung takda satupun masyarakat cina. Menumpang sekaki lah tu..
Politik sekarang dah lain. Sana sini kekadang terdengar maki hamun. Maaf cakaplah, politik sekarang lebih digunakan untuk kepentingan peribadi di samping mengenyangkan perut sendiri. Saya ni nak dikata penyokong kuat kerajaan, tak juga. Masuk politik jauh sekali. Sekadar jadi pemerhati dan menjadi rakyat yang setia di bawah tampuk pemerintahan yang sekarang ni banyak sangat melencong dari perjuangan asal. Itulah yang dikesalkan sangat. Sedih melihat melayu berpecah belah. Yang ketawa dan bertepuk tangan di belakang siapa? Kadang-kadang rasa nak duduk atas pagar saja.
Ketika perhimpunan perdana Anwar Ibrahim di Padang Kelab Sultan Sulaiman dulu, punyala ramai manusia. Melarat-larat hingga ke tepi jalan. Rasanya bukan semua penyokong Anwar, sekadar datang mendengar agaknya. Saya yang duduk berdekatan dengan kawasan ini cuma mendengar dari rumah. Mula-mula tu seronok juga mendengar wawasannya tapi makin lama makin riaklah pulak. Emm…boringlah….tidur lagi baik.
Ketika harga minyak sedang naik 2 bulan lalu, tiap-tiap minggu di kawasan ini ada ceramah dari pihak sebelah sana. Terjerit2 penyokong macam dah takda kerja lain nak dibuat walaupun kerajaan masih buat taktau. Masa tu, kita pun pening sama. Sana sini, di kedai kopi, restoran-restoran, pejabat-pejabat, hotel-hotel, dalam masjid, di tepi-tepi jalan malah di mana saja ada orang berkumpul tak habis-habis bercerita pasal minyak.
Kadang-kadang taktau nak dengar yang mana satu, orang ni kata begini, orang tu kata begitu. Habis-habis pun diam, buat penilaian sendiri. Tak payah nak kecoh-kecoh.
Sekarang ni harga minyak dah turun, senyap sikit. Setelah kemenangan di Permatang Pauh, Anwar mungkin sedang buat perancangan teliti untuk memastikan dia dapat memburu impian untuk menduduki putrajaya menjelang 16 September ini dan kalau tak menjadi mungkin November ini. Mungkin target Anwar untuk mencipta sejarah sendiri pada bulan September kerana pada bulan September jugalah, iaitu 2 September 1998 beliau di lucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dan mungkin juga betul kata Tun Mahathir dalam sesi soal jawabya dengan wartawan ketika di ajukan pendapat tentang penurunan harga minyak tetapi tidak di siarkan di akhbar-akhbar utama. ‘Kita patut adakan lebih banyak pilihanraya kecil supaya harga minyak dikurangkan lagi..’ Apa maksud kata-katanya tu…LU PIKIRLAH SENDIRI…
Anje K

Friday, September 5, 2008
AKHLAK REMAJA DI TAHAP KRONIK
Tinggal di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini sesekali ingin menghilangkan kebosanan dengan keluar bersama suami, berkereta menyusuri setiap jalan-jalan yang kelihatan meriah dengan lampu-lampu neon berbagai warna. Menjengah waktu malam di bandaraya Kuala Lumpur terutamanya hujung minggu bagaikan melihat pesta dunia yang beraneka ragam seolah dunia tidak akan kiamat. Kuala Lumpur tak pernah mati. Meskipun hampir dinihari kereta-kereta masih menjalar di jalanraya. Kadang-kadang terpegun melihat pemandunya, wanita jelita muda awal 20an bergaya dengan kereta-kereta mewah buatan luar negara. Tentunya hati tertanya-tanya dan membuat kesimpulan yang pastinya tidak elok di kotak fikiran.Bila melalui Jalan Sultan Ismail ke Jalan P.Ramlee mata bagai tidak tergamak melihatnya. Selalunya saya akan menutup tingkap kereta kerana mual dengan bau arak dari pusat-pusat hiburan terbuka di kawasan ini. Di kiri kanan jalan kelihatan anak-anak muda berkumpul lelaki perempuan dengan yang perempuannya terlebih seksi mengalahkan Jenifer Lopez. Ada yang terhuyong-hayang, yang pastinya meneguk air kencing syaitan. Dua tiga wanita muda berpakaian seperti tak cukup kain berjalan berpelukan dengan lelaki-lelaki mat saleh yang botak dan boroi. Rasa bangga agaknya dapat memikat lelaki2 mat saleh ini. Tak kesahlah walaupun tua, botak dan boroi. Gelagat wanita-wanita melayu ini kadang-kadang melebihi batas dengan sekejap-sekejap mengucup teman mat salehnya walaupun kadang dilihat mat saleh ini seperti buat tak tahu saja.Itu belum lagi golongan maknyah yang berdiri setia di tepi-tepi jalan dengan gaya manja dan mengoda, menunggu pelanggan barangkali. Pernah juga saya terlihat seorang pelancong mat saleh mengejek seorang makyah. Apalagi maknyah ini dengan `broken english’ nya memaki hamun pelancong itu sambil menayangkan keseluruhan buah dadanya sambil menjerit-jerit mengatakan dia lebih baik dari wanita asli.Pernah saya membawa seorang saudara lelaki dari luar bandar berjalan-jalan di sekitar kawasan ini. Bagai nak terjojol biji matanya melihat gelagat `adik-adik’ yang semuanya berpakaian seksi menonjolkan dada yang besar dan gebu. Sambil ketawa saya berkata, `jangan tertipu bang, mereka pun kencing berdiri macam abang juga". Memang tak dinafikan, sekali pandang sebijik macam wanita asli tapi kalau berjalan, aduh, terlebih lenggoknya. Maklumlah `jantan’ nak mengayakan jalan seorang wanita.Lama berkereta, tekak rasa dahaga dan perut bekeroncong. Berhenti pula di di sebuah restoran 24 jam belakang KLCC. Ingatkan maksiat mata dah habis. Sambil menjamu hidangan mamak yang lazat, mata dijamu lagi dengan dada-dada yang membuak seperti hendak terkeluar. Kadang sampai terasa hilang selera makan apatah lagi bila terlihat lurah-lurah buntut yang mengelikan atau seluar dalam g-string yang bermacam-macam warna. Dengan rokok jenama Salem atau Lucky Strike yang tersepit di jari, mereka terus bersembang tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang. Sudah tentu kebanyakkannya mereka ini baru balik dari disko atau pusat hiburan lain. Saya mencubit peha suami yang sesekali menjeling menonton tayangan percuma di depan mata.Apa nak jadi dengan generasi muda hari ini. Timbul rasa sedih dan sayu bila memikirkan betapa ramainya anak-anak muda zaman ini yang telah rosak akhlak dan yang paling terkilan kebanyakkannya adalah remaja melayu. Itu belum lagi yang terlibat dengan pelbagai kancah jenayah, dadah, black metal, bohsia dan maksiat lainnya.Malaysia hari ini menjadi salah satu dari destinasi pelancongan di dunia. Selain dari kebudayaan dan tempat-tempat menarik di Malaysia apakah yang ingin kita ditonjolkan? Keramahan rakyatnya atau keruntuhan akhlak yang semakin kronik di kalangan generasi muda? Pelancong yang kebanyakkan datang dari Negara-negara Timur Tengah, kaum wanitanya bertudung dan berjubah, paling tidakpun mereka berpakaian sopan. Alangkah malunya kita.Siapakah yang harus disalahkan? Arus kemodenan, didikan keluarga, atau kerajaan yang telah membenarkan diwujudkan tempat-tempat hiburan ini. Inikah Negara Islam sebenarnya?
Anje k
Anje k
Subscribe to:
Posts (Atom)