Monday, September 8, 2008

KAITAN MINYAK DAN PILIHANRAYA...

KAITAN MINYAK DAN PILIHANRAYA….

Sesekali ingin bercerita tentang politik. Tapi saya bukanlah arif sangat tentangnya. Cukup sekadar menjalankan tanggungjawab 5 tahun sekali. Walaupun cuma satu pangkah tapi ia cukup bernilai.

Sedari kecil saya tak tahu apa itu politik. Yg saya tahu setiap kali menjelang pilihanraya saya antara orang yang paling sibuk. Walaupun ketika itu hanya berusia 11 tahun, bapa sering meminta saya menyemak senarai nama2 calon pengundi dan kemudian akan menulis nama2 berkenaan di dalam kad mengundi. Kemudian dengan menaiki basikal akan membawa kad nama2 pengundi itu untuk di edarkan..

Tetapi saya lebih seronok kalau di beri peranan menampal poster. Sesekali merengek pada bapa minta diberikan tugas itu kerana saya tahu sekurang-kurangnya saya boleh mendapat RM5 kalau dapat menampal 100 poster. Nilai yang banyak saya kira waktu itu. Dengan hanya menyandarkan basikal di tiang-tiang lampu elektrik, dan kemudian berdiri di atas ‘seat’ basikal, saya akan menampal poster2 calon yang bertanding pada tiang2 elekrik itu, pastinya poster Barisan Nasional.

Selain dari menjadi imam ayah juga adalah ketua kampong. Saya tabik pada arwah ayah. Selama 20 tahun lebih menjadi ketua kampong, tanah sekangkang kera pun dia tidak pernah minta. Menjadi ketua kampong hingga akhir hayatnya memadai dengan sebutir pingat PJK. Biarpun namanya cuma di kenali oleh kalangan anak buah dan ketua2 daerah tetapi sekurang2nya sehingga kini saya bangga bila pulang ke kampung kerana terdapat sebuah lorong yang di abadikan dengan nama ayah.

Di kampong dulu-dulu, walaupun berlainan politik masih boleh berkerja sama, bertegursapa. Waktu berkempen atau memasang poster pun boleh bertolak ansur poster siapa yang nak di letak kat atas atau kat bawah sekali. Tapi biasanya poster roketlah yang dilekat atas sekali walaupun dalam kampung takda satupun masyarakat cina. Menumpang sekaki lah tu..

Politik sekarang dah lain. Sana sini kekadang terdengar maki hamun. Maaf cakaplah, politik sekarang lebih digunakan untuk kepentingan peribadi di samping mengenyangkan perut sendiri. Saya ni nak dikata penyokong kuat kerajaan, tak juga. Masuk politik jauh sekali. Sekadar jadi pemerhati dan menjadi rakyat yang setia di bawah tampuk pemerintahan yang sekarang ni banyak sangat melencong dari perjuangan asal. Itulah yang dikesalkan sangat. Sedih melihat melayu berpecah belah. Yang ketawa dan bertepuk tangan di belakang siapa? Kadang-kadang rasa nak duduk atas pagar saja.

Ketika perhimpunan perdana Anwar Ibrahim di Padang Kelab Sultan Sulaiman dulu, punyala ramai manusia. Melarat-larat hingga ke tepi jalan. Rasanya bukan semua penyokong Anwar, sekadar datang mendengar agaknya. Saya yang duduk berdekatan dengan kawasan ini cuma mendengar dari rumah. Mula-mula tu seronok juga mendengar wawasannya tapi makin lama makin riaklah pulak. Emm…boringlah….tidur lagi baik.

Ketika harga minyak sedang naik 2 bulan lalu, tiap-tiap minggu di kawasan ini ada ceramah dari pihak sebelah sana. Terjerit2 penyokong macam dah takda kerja lain nak dibuat walaupun kerajaan masih buat taktau. Masa tu, kita pun pening sama. Sana sini, di kedai kopi, restoran-restoran, pejabat-pejabat, hotel-hotel, dalam masjid, di tepi-tepi jalan malah di mana saja ada orang berkumpul tak habis-habis bercerita pasal minyak.

Kadang-kadang taktau nak dengar yang mana satu, orang ni kata begini, orang tu kata begitu. Habis-habis pun diam, buat penilaian sendiri. Tak payah nak kecoh-kecoh.

Sekarang ni harga minyak dah turun, senyap sikit. Setelah kemenangan di Permatang Pauh, Anwar mungkin sedang buat perancangan teliti untuk memastikan dia dapat memburu impian untuk menduduki putrajaya menjelang 16 September ini dan kalau tak menjadi mungkin November ini. Mungkin target Anwar untuk mencipta sejarah sendiri pada bulan September kerana pada bulan September jugalah, iaitu 2 September 1998 beliau di lucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dan mungkin juga betul kata Tun Mahathir dalam sesi soal jawabya dengan wartawan ketika di ajukan pendapat tentang penurunan harga minyak tetapi tidak di siarkan di akhbar-akhbar utama. ‘Kita patut adakan lebih banyak pilihanraya kecil supaya harga minyak dikurangkan lagi..’ Apa maksud kata-katanya tu…LU PIKIRLAH SENDIRI…

Anje K

1 comment:

YAN said...

KITa TUNGGU APA PULA ALASANNYA DALAM SIDANG AKHBARNYA HARI INI, 16 SEPT.